Selamat bertemu kembali! Agaknya saya hanya bersembang dengan diri sendiri kot hehehe! Tetapi saya percaya tidak lama lagi blog saya ini akan dihujani oleh mereka yang inginkan sesuatu yang baru dan berlainan. Saya tetap bersabar bagi mengharungi semua dugaan ini. Motivasi diri saya masih di tahap yang tinggi dan saya akan terus menerokai dunia atau bidang sukan dan rekreasi. Pelbagai pembaharuan telah saya lakukan terhadap ebook hasil nukilan saya. Pastinya kesabaran dalam melakukan kerja-kerja ini amat ditagihkan demi kejayaan pada masa akan datang. Kepada rakan-rakan yang ingin kongsikan maklumat dan idea, saya syorkan supaya anda memberi komen pada blog ini. 'No heart felling'! Cewah! Cakap omputih lak dah! Sebenarnya kita ni agak lemah bahasa omputih nie....ada ke sesiapa sudi ngajar online nie! Anyway, melalut ke situ lak.....EBOOK! yup...terlupa lak cerita ebook terbaru saya... Berikut saya paparkan ecover ebook berkenaan! Ada perkembangan tentang penjualan kelak, saya akan 'inform' semua yang berminat!
Dapatkan Ebook berkenaan kelak!
"Majulah Sukan untuk Negara"
Kolan Bala Apui
Penulis dan pemilik
BAIKLAH.... NI LAH PROJEK TERBESAR SAYA SELAMA INI! EBOOK-EBOOK INI ADALAH UNTUK DIJUAL TETAPI JANGAN RISAU KERANA HARGANYA BERPATUTAN DAN AMAT MURAH JIKA DIBANDINGKAN DENGAN BUKU DI PASARAN. SO, TUNGGU LA KEMUNCULANNYA DI LAMAN WEB RASMI SAYA KELAK. DI SINI SAYA HANYA LAKUKAN PROMOSI SAHAJA. JIKA ADA PERTANYAAN, SILA KOMEN DI BLOG INI SAHAJA!
SEDIKIT ULASAN BERKENAAN EBOOK SAYA
EBOOK 1
Ebook scuba ini penuh dengan informasi sebelum anda melaksanakan aktiviti scuba. Segala maklumat di dalamnya amat sesuai bagi mereka yang berjinak-jinak dalam aktiviti scuba. Segala informasinya ditulis penuh dalam bahasa Malaysia!
EBOOK 2
Ebook snorkeling ni pula merupakan ebook kesayangan saya kerana ianya merupakan hasil saya bersama rakan saya sebelum kami mengendalikan aktiviti ini kepada para pelajar universiti semasa perkhemahan agung. Hasilnya amat memuaskan hati kerana ia mengandungi segala maklumat terperinci berkenaan dengan aktiviti snorkeling. Seperkara lagi...iannya ditulis dalam bahasa Malaysia sepenuhnya!
EBOOK 3

Aktiviti Abseiling pernah saya kendalikan diperingkat maktab serta berkali-kali diperingkat universiti. Agak mustahil juga sekiranya saya tidak dapat menghasilkan ebook berkenaan dengan aktiviti kegemaran saya ini. So, dapatkan ebook ini bagi memenuhi keperluan aktiviti anda!
Semasa perkhemahan agung pelajar universiti, saya merupakan pengarah aktiviti luar. Banyak perkara yang saya pelajari dan mendalami sebaiknya. Pelabagi sumber saya perolehi sehingga terbitnya ebook ini. So, jangan 'jeles' ye dengan ebook ini!
EBOOK 5

Walaupun saya tidak pernah melakukan aktiviti ini, namun iany cukup mengujakan saya sehingga saya meminta rakan saya untuk memberi sedikit tips serta informasi berkenaan dengan aktiviti Paragliding ini. Wow! hasilnya amat menakjubkan! Versi Bahasa Malaysia lagi tu...
EBOOK 6

Flying Fox adalah merupakan aktiviti kegemaran saya sejak dahulu lagi. Aktiviti flying fox di pulau redang dan pulau langkawi menakjubkan. Opps! jangan silap ya....dalam ebook ini saya tidak menceritakan pengalaman saya tetapi ebook ini merupakan informasi berkenaan dengan aktiviti flying fox.
EBOOK 7
White Water Rafting merupakan aktiviti yang amat mencabar mental, fizikal dan memerlukan kerjasama atau teambuilding yang amat tinggi. So, untuk mengetahui bagaimana melaksanakan aktiviti ini, sila dapatkan ebook ini sebagai panduan anda! Selamat berakit!
EBOOK 8

Bagi melengkapkan kegiatan luar anda, adalah lebih baik anda menyertai mana-mana aktiviti mendaki bukit dengan basikal. So, sebagai panduan anda, sila dapatkan ebook ini! Versi BM!
EBOOK 9
Aktiviti orienteering ni juga ditulis dalam bahasa Malaysia. So, jangan segan untuk dapatkan ebook ini. Aktiviti amat sesuai dilakukan untuk para pelajar sekolah menengah dan rendah. Pelajari dan mendalami ilmu kehutanan melalui aktiviti orienteering. Cintailah alam sekitar kita!EBOOK 10

Saya sedang menghasilkan ebook ini....mungkin hanya untuk kegunaan saya sendiri ataupun sebagai bonus kepada rakan-rakan saya (all members yang sukakan sukan dan rekreasi)! So, tunggu jer la yea!
EBOOK 11

Ha...ni la ebook kesayangan saya.....kisah sebenar kehidupan saya sebagai anak kampung yang jauh di pedalaman Sarawak tetapi berjaya mengaharungi liku-liku kehidupan sehingga berjaya ke menara gading! Semuanya saya ceritakan dalam ebook ini termasuk kejayaan saya mengumpul sejumlah wang daripada perniagaan ini! Maaf....Mungkin agak lama untuk menyiapkan ebook ini kerana saya sedang dalam pengajian sarjana. Tahun depan tahun akhir saya, so agaknya tahun depan la buku ni siap dihasilkan!
BUAT PENGETAHUAN SEMUA, EBOOK-EBOOK INI SEMUANYA DALAM VERSI BAHASA MALAYSIA!


2 comments:
bagaimana untuk saya mendapatkan lesen untuk menjadi jurulatih dalam sesetengan modul yang ada dalam aktiviti rekreasi ini. TQ
terima kasih...nampaknya saudara berminat nak jadi fasilitator atau jurulatih. untuk mendapatkan lesen tersebut, kebiasaannya anda perlu mempunyai basic dalam soal keselamatan dalam laut atau sungai selain kemahiran-kemahiran asas. sekiranya anda ingin mendapat lesen tersebut, bole la anda pergi ke pulau-pulau yang menawar aktiviti scuba diving bcoz kebiasaannya mereka bole mengajar serta memberi panduan untuk mendapatkan lesen tersebut. Setahu saya di negeri Sabah pun ada iaitu di pulau manukan.
Post a Comment