Setelah sekian lama dan bertungkus-lumus, akhirnya saya berjaya juga menghasilkan ebook berkaitan dengan sukan dan rekreasi dalam versi Bahasa Malaysia. Setakat ini saya telah menghasil sebanyak 11 buah buku yang berkaitan dengan rekreasi ataupun aktiviti luar. Secara jujurnya saya katakan di sini, ebook-ebook ini banyak memberi informasi berkaitan dengan sesuatu aktiviti rekreasi dan ianya mudah difahami kerana dihasilkan dalam bahasa Malaysia. Bagi para pembaca yang malas untuk melayari internet untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu aktiviti luar/rekreasi, ebook saya boleh membantu anda untuk memudahkan pencarian anda. Saya akan terus menghasilkan ebook-ebook yang berkaitan dengan sukan dan rekreasi pada masa akan datang. So, anda perlu 'alert' because kadang-kandang saya akan memberi ebook saya percuma untuk waktu tertentu sahaja dan mungkin akan ditawarkan dengan harga setelah tamat tempoh!
Boleh saya katakan di sini bahawa saya mempunyai sedikit pengalaman dalam semua kegiatan luar terutamanya rekreasi. Melalui pengalaman ini jugalah saya dapat mencurahkan sedikit ilmu pengetahuan untuk menghasilkan ebook. Walaupun bagaimanapun, isi kandungannya tidaklah dapat memenuhi permintaan dan kehendak ramai namun amat sesuai bagi mereka yang ingin berkecimpung atau mencuba aktiviti tersebut. Bagi golongan pelajar terutamanya pelajar universiti yang terlibat dalam kegiatan luar, ebook ini amat sesuai untuk rujukan dan juga sebagai tugasaan ( hehehe...). Saya juga mempunyai beberapa koleksi ebook aktiviti luar yang lain. Namun buat masa terdekat ini saya sedang menghasilkan seberapa banyak ebook yang berkaitan dengan sukan dan rekreasi.
Sekiranya anda ingin berkongsi maklumat dengan saya, sila hubungi saya melalui email atau sms. Saya pun macam anda juga yang masih mentah dan cetek ilmu namun usaha mengatasi segala-galanya.
0 comments:
Post a Comment